Ringkasan musim Asia's Got Talent

Musim 1 (2015)

Pada 2014, AXN Asia memperoleh francais untuk mencipta Asia's Got Talent.[1] Uji bakat terbuka telah diadakan di pelbagai bandar pada akhir tahun itu.[12]

Pada 13 Januari 2015, panel penilai telah didedahkan, terdiri daripada David Foster, Anggun, Vanness Wu dari F4, dan Melanie C dari Spice Girls.[13] Marc Nelson dan Rovilson Fernandez diumumkan sebagai tuan rumah.[14]

Uji bakat para juri dirakamkan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Separuh akhir dan akhir pula diadakan di Marina Bay Sands di Singapura. Pertunjukan secara langsung telah dirakam beberapa jam sebelum jadual penyiaran rancangan itu untuk meletakkan sari kata kerana tidak semua peserta bercakap dengan fasih dalam bahasa Inggeris.[15] Musim sulung mula disiarkan pada 12 Mac 2015. El Gamma Penumbra, kumpulan permainan bayangan menjadi pemenang pertama persembahan itu. Khusugtun, Gerphil Flores, dan The Talento masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Disebabkan penayangan rancangan keputusan akhir yang ditangguhkan, gambar telah disiarkan di Instagram di mana El Gamma Penumbra berada di atas pentas dengan latar belakang buzer emas dan konfeti; kapsyen kumpulan itu sebagai pemenang.[15] Perkara ini menimbulkan kekecewaan netizen kerana sifatnya yang seakan-akan terbocor.[15]

Musim 2 (2017)

Pada minggu ketiga Mei 2015, Asia's Got Talent mengumumkan prapendaftaran musim 2 di halaman Facebook rasminya.[16] Pelancaran musim kedua akhirnya diumumkan pada minggu kedua Januari 2017 selepas kejayaan musim kelima The Amazing Race Asia.[17][18]

Pada 28 Julai 2017, Jay Park diumumkan sebagai juri baharu, menyertai David Foster dan Anggun yang kedua-duanya kembali dari musim pertama.[19] Alan Wong dan Justin Bratton turut diperkenalkan sebagai hos baharu rancangan itu.[19]

Uji bakat juri telah dirakamkan bermula 28 Julai 2017 di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.[20] Tidak seperti musim sebelumnya, separuh akhir dirakam dari minggu terakhir September hingga minggu pertama Oktober di studio yang sama. Musim kedua mula ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[17][21] Musim ini dimenangi oleh ahli silap mata seram The Sacred Riana, dengan kumpulan tarian DM-X Comvaleñoz, petinju Neil Rey Garcia Llanes, dan penari digital Canion Shijirbat masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Musim 3 (2019)

Pada 14 Mei 2018, AXN Asia mengumumkan musim ketiga rancangan itu, diikuti dengan pembukaan uji bakat dalam talian dua hari kemudian.[22] Uji bakat terbuka telah diadakan di bandar-bandar utama, termasuk Bangkok, Singapura, Manila, Ho Chi Minh, Jakarta dan Kuala Lumpur.[23] Pada 9 Julai, diumumkan bahawa uji bakat dalam talian dilanjutkan selama seminggu lagi sehingga 16 Julai.[24]

Pada 16 September 2018, diumumkan bahawa semua juri dan hos dari musim sebelumnya akan kembali tahun ini.

Uji bakat juri telah dirakamkan dari 19 hingga 27 September 2018 di Pinewood Iskandar Malaysia Studios seperti musim-musim sebelumnya. Separuh akhir dirakam pada 6, 10 dan 13 Disember 2018 di studio yang sama. Ia mula disiarkan pada 7 Februari 2019.[25] Musim ini dimenangi oleh ahli silap mata Eric Chien, dengan kalkulator manusia Yaashwin Sarawanan, penari akrobatik kontemporari Power Duo, dan kumpulan tarian hip-hop Maniac Family masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Rujukan

WikiPedia: Asia's Got Talent http://news.abs-cbn.com/entertainment/07/27/17/jay... http://news.abs-cbn.com/entertainment/07/27/17/dav... http://news.abs-cbn.com/entertainment/05/14/18/aud... http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/01/23/15/... http://www.axn-asia.com/programs/asias-got-talent http://editorialinsider.com/asias-got-talent-opens... http://www.fremantlemedia.com/record-breaking-asia... http://www.hollywoodreporter.com/news/sonys-axn-si... http://www.philstar.com/entertainment/2015/03/06/1... http://www.philstar.com/entertainment/2014/09/20/1...